Kedutaan AS ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam di Malaysia

12/05/2021 12:53 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini.

Dalam satu video pendek yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan,  Duta AS ke Malaysia Brian D. McFeeters berkata pada Ramadan tahun ini, kedutaan bekerjasama dengan Masjid Jamek di sini untuk memasak dan mengagihkan makanan kepada golongan kurang bernasib baik. 

“Bagi pihak warga AS di kedutaan di Kuala Lumpur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua,” kata McFeeters dalam Bahasa Malaysia. 

Umat Islam akan menyambut Aidilfitri esok 13 Mei.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan