GM Klang jadi tumpuan bagi persiapan Aidilfitri

28/03/2023 11:16 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pusat Borong GM Klang menjadi tumpuan utama pelanggan  termasuk dari negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia bagi mendapatkan barangan kelengkapan Aidilfitri terutama barangan rumah dan dekorasi.

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman berkata pelanggan bukan hanya boleh mendapatkan barangan dengan harga borong, malah pelbagai produk dapat dibeli di bawah satu bumbung.

“Banyak bas rombongan yang telah kami terima dari Singapura khususnya dua tiga bulan sebelum Ramadan dan ini telah menyaksikan kesetiaan mereka terhadap GM Klang dalam mendapatkan barangan persiapan raya seperti mana yang mereka selalu lakukan sebelum pandemik.

“Mengikut tinjauan, kami mendapati rata-rata mereka menggemari fesyen-fesyen karpet, langsir dan perhiasan rumah yang ada di GM Klang selain baju raya, malahan ada yang datang ke sini sekadar ingin menempah langsir yang mampu disiapkan dalam tempoh beberapa jam sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Norsuhaida antara barangan rumah lain yang popular di pusat borong berkenaan ialah pelekat dinding, cadar, alas meja, pokok dan bunga hiasan serta sarung kusyen.

Beliau berkata antara tarikan utama juga ialah barangan hiasan untuk menceriakan suasana hari raya seperti lampu diod pemancar cahaya (LED) dan lampu pelita.

Katanya GM Klang menjangkakan jumlah pengunjung akan terus meningkat hingga ke akhir Ramadan memandangkan trend ‘membeli-belah pada saat akhir’ masih popular dalam kalangan masyarakat.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan