400 Keluarga Kurang Berkemampuan Terima Sumbangan Di Kelantan

17/03/2024 11:57 AM

PASIR MAS, 17 Mac (Bernama) -- Sebanyak 400 keluarga daripada golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan dalam program kemanusiaan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM), melalui program ‘Ramadan Relief Serantau 2024’ bersama Maybank Islamic Berhad.

Presidennya Zawahir Abdullah berkata setiap keluarga yang dikenal pasti menerima sumbangan berupa pek makanan, yang mengandungi barangan keperluan makanan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.

“Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal miskin, anak yatim miskin dan Orang Kurang Upaya miskin, yang telah dikenal pasti layak menerima bantuan,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kepada golongan itu di Masjid Kubang Panjang, di sini.

Selain itu, Zawahir berkata Maybank Islamic Berhad pada 2024 turut menyalurkan dana sebanyak RM1.7 juta dan IAM telah diberi kepercayaan untuk menerajui program berkenaan.

Beliau berkata program itu juga akan ke 11 buah negara termasuk Thailand, Bangladesh, Vietnam dan Singapura untuk memberi bantuan kepada 6,000 keluarga kurang berkemampuan, dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia, MERCY Malaysia dan Yayasan Ikhlas.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan