KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan majlis penutupan Program Ihya’ Ramadan dan Majlis Khatam al-Quran sebagai inisiatif untuk mengimarahkan bulan Ramadan ini, selain memupuk semangat cinta kepada al-Quran.
NAFAS dalam kenyataan memaklumkan program yang merupakan aktiviti dalaman NAFAS itu berlangsung di NAFAS Function Hall, Kota Damansara dekat sini hari ini.
“Tadarus al-Quran telah diadakan bermula 2 Ramadan yang disertai hampir 50 peserta terdiri daripada pengurusan serta staf NAFAS pada setiap Isnin hingga Khamis selepas solat zuhur secara berjemaah.
“Program yang julung kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan baik dalam kalangan staf NAFAS dan berharap menjadikan membaca al-Quran sebagai satu amalan, sekali gus menyanjungi dan memuliakan al-Quran itu sendiri,” menurut kenyataan itu.
Menurut NAFAS Program Ihya’ Ramadan diadakan dengan penganjuran aktiviti tadarus al-Quran, kaunter bayaran zakat serta ceramah agama yang melibatkan staf NAFAS di ibu pejabat.
“Adalah diharap semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memupuk nilai insaniah dalam kalangan staf NAFAS,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2024 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan