KLANG, 3 April (Bernama) -- Syarikat pengeluar makanan tempatan EHH Group meraikan 24 anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Baitul Sakinah As-Shariff, dalam majlis iftar yang dianjurkan sempena Ramadan di Telok Gong, di sini.
Eksekutif Korporat Komunikasi EHH Group Nismawaty Nurdin berkata majlis itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan setiap tahun, bagi mengeratkan hubungan baik antara syarikat itu dan komuniti setempat.
“EHH Group berharap dengan majlis iftar dan sumbangan yang disampaikan dapat menyuntik kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan, dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama pada majlis itu semalam.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri, yang turut menyampaikan sumbangan duit dan baju raya.
Selain mengeratkan hubungan dan beramah mesra dengan anak yatim dan asnaf, Nismawaty berkata majlis seumpama itu juga dapat membangkitkan semangat keterujaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri sama seperti kanak-kanak lain.
-- BERNAMA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2024 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan