Tiktok Shop Iktiraf Pencapaian Usahawan Tempatan Jayakan Kempen Jualan Sepanjang Ramadan

25/04/2024 09:24 PM

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- TikTok Shop dalam usahanya memupuk pertumbuhan perniagaan tempatan, mengiktiraf pencapaian komuniti penjual, pencipta kandungan, dan usahawan yang terlibat dalam kempen jualan #TikTokShopBazarRamadan2024 sepanjang Ramadan lepas pada rumah terbuka #TikTokShopBazarRaya2024 baru-baru ini.

Ketua Perkongsian TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata sepanjang bulan lepas, ia menyaksikan kegigihan, kecekalan dan dedikasi usahawan dan pencipta kandungan tempatan.

"Kami terus bersyukur atas peluang untuk menyokong perniagaan-perniagaan Malaysia, memacu perkembangan dan memperkasakan mereka untuk melakar pencapaian baharu dengan merealisasikan potensi penuh mereka di platform kami,” katanya.

Kempen itu adalah sebahagian daripada inisiatif #JomLokal TikTok Shop, yang diperkenalkan pada 2023 untuk memperjuangkan keusahawanan dan menyokong perniagaan tempatan.

Pada masa ini, 96 peratus penjual di TikTok Shop adalah penjual tempatan, bukti komitmen TikTok Shop untuk menonjolkan bakat tempatan.

Sepanjang kempen ini, TikTok Shop mencatatkan 5.9 bilion jumlah tontonan kandungan sepanjang tempoh Ramadan-Raya dan pertumbuhan 137 peratus dari segi kandungan Ramadan-Raya berbanding 2023.

Bagi kempen yang sama, ia turut menyaksikan pertumbuhan penjual 86 peratus tahun ke tahun, sementara kalangan penjual mencapai purata pertumbuhan jualan sebanyak 153 peratus.

Di samping itu, jumlah khimar (tudung labuh) yang dijual di TikTok Shop adalah lebih kurang 532 kali ganda ketinggian Menara Berkembar PETRONAS (452m), katanya.

Tiga penjual terbaik daripada setiap kategori telah menerima anugerah pada acara rumah terbuka itu, bukti  usaha dan kreativiti mereka dalam mempromosikan produk melalui TikTok Shop.

Penjual terbaik bagi setiap kategori ialah @savebajet untuk elektronik; gaya hidup: @DESSINIMalaysia; fesyen: @pandaeyes; dan barangan pengguna yang cepat laris (FMCG): @SkintificMalaysia.

TikTok Shop juga menyediakan Anugerah Kecemerlangan ACE, bagi meraikan konsep ACE (kepelbagaian, kandungan, pemerkasaan), iaitu satu rangka kerja yang direka untuk memperkasakan jenama dan penjual serta memupuk peluang pertumbuhan di platformnya.

Penjual cemerlang yang menerima anugerah merentasi pelbagai kategori termasuk @Emajie (FMCG), @savebajet (elektronik), @mybookcafe (gaya Hidup) dan @pandaeyes (Fesyen).

Penyampaian anugerah ‘Top Creator’, ‘Top Rising Creator’ dan ‘Top Local Seller’, masing-masing diungguli oleh @anaszahrin, @nl.alchemist dan @Ladybossrafa98.

@anaszahrin telah mencapai pertumbuhan memberangsangkan dengan jualan melebihi 6,000 peratus berbanding musim Ramadan-Raya tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan