Waktu imsak & berbuka puasa
Rohani Ramadan
Berpuasa di Bulan Ramadan
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berbuka Puasa Mengikut Keperluan
Daripada Umar bin Al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa
Daripada Sahl bin Saad RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Puasa Menghapuskan Dosa
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar."(Hadis riwayat Muslim)