Foodpanda rai Ramadan dengan tawaran menarik, aktiviti CSR

13/03/2023 06:57 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Foodpanda Malaysia menyambut ketibaan Ramadan kali ini dengan pelbagai tawaran menarik selain peluang untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Foodpanda Malaysia Sayantan Das berkata susulan sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia, pihaknya ingin berkongsi rezeki bersempena Ramadan kali ini.

“Kami gembira dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai rakan restoran dalam memperkenalkan satu lagi Bazar Ramadan maya tahun ini dan membawakan kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Foodpanda Malaysia turut menganjurkan beberapa inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) antaranya menerusi Inisiatif CSR Oh Kasih yang menggalakkan pelanggan menggunakan kod PANDA sepanjang Ramadan, iaitu kod baucar itu akan ditebus untuk satu hidangan kepada PERTIWI Soup Kitchen.

“Selain itu, pelanggan boleh memilih tawaran kombo istimewa, yakni mereka boleh belanja penunggang dengan hidangan daripada kategori ‘For Riders’, daripada restoran-restoran yang mengambil bahagian menerusi inisiatif Belanja Abang dan Kakak Rider,” katanya.

Mengenai tawaran istimewa sempena Ramadan, Sayantan memaklumkan pelanggan juga boleh melakukan pesanan di restoran-restoran terpilih yang menyediakan pelbagai menu dan kombo istimewa Ramadan seperti kotak moreh Ramadan daripada Cafe Chef Wan dan Kombo Ramadan FamilyMart.

“Jangan lupa untuk menggunakan kod PINKPUASA dan nikmati diskaun 20 peratus, dihadkan pada RM5 dengan nilai pesanan minimum RM25 daripada restoran-restoran terpilih,” katanya.

Beliau berkata pelanggan juga boleh memaksimumkan penjimatan denga pelbagai promosi hebat dengan menggunakan kod ALLDAY, BUKA7, DINNER, PICKUP bermula 23 Mac hingga 20 April ini.

Katanya, barangan keperluan bulan puasa seperti buah kurma, kordial F&N Sarsaparilla dan pencuci mulut daripada Pandamart, Lotus’s, Watsons, HeroMarket dan 7-Eleven, turut ditawarkan dengan diskaun hebat.

“Guna kod SHOP10 dan dapatkan potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM50 hingga penghujung Mac untuk semua kedai di dalam Foodpanda. Selain itu, dapatkan diskaun RM4 untuk caj penghantaran apabila anda berbelanja, sekurang-kurangnya RM50 daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian, sah hingga 20 April ini.

“Juga nikmati potongan RM10 dengan nilai pesanan minimum RM60 hingga penghujung bulan ini apabila anda menggunakan kod TENMART untuk Pandamart,” katanya yang turut menggalakkan pelanggan agar membuat pesanan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika hendak berbuka puasa.

Maklumat lanjut mengenai promosi terkini boleh didapati menerusi laman rasmi Foodpanda.

-- BERNAMA