SEKURANG-KURANGNYA 11 MAUT, 10 CEDERA DALAM INSIDEN REMPUHAN DI PAKISTAN

01/04/2023 10:32 AM

ISLAMABAD, 1 April (Bernama-Xinhua) -- Sekurang-kurangnya 11 maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Karachi, selatan Pakistan pada Jumaat, kata polis dan pegawai penyelamat.

Kejadian berlaku ketika ratusan orang berkumpul di tempat yang sesak di luar sebuah kilang persendirian untuk mendapatkan sumbangan Ramadan, di kawasan SITE di Karachi, kata pegawai polis SITE Superintendan Muhammad Mughees Hashmi kepada Xinhua.

Beliau berkata pemilik kilang mengagihkan bantuan itu tanpa medapatkan kebenaran daripada pentadbiran tempatan terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya enam orang termasuk pengurus kilang telah ditahan, katanya.

Siasatan telah dijalankan berhubung kejadian itu. Jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera dilaporkan kritikal, menurut sumber hospital.

-- BERNAMA-XINHUA