Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Raikan 50 Pengamal Media Sabah Sempena Bulan Ramadan

06/04/2023 08:12 AM

KOTA KINABALU, 6 April (Bernama) -- Mengambil keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengambil peluang meraikan hampir 50 pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Sabah 2023 di Hotel Hilton, Kota Kinabalu sebagai mengiktiraf peranan agensi media dalam membangunkan negara.

YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapannya berkata, inisiatif ini diadakan julung kali di Sabah. Ia diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh pihak media sepanjang tahun 2022 melalui laporan berita serta publisiti yang diterbitkan dalam  menguar-uarkan peranan dan fungsi HASiL.