Ehh Food Industry Berkongsi Rezeki Menerusi 'jelajah Cap Kunci'

22/03/2024 05:56 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Syarikat pengeluar mi tempatan EHH Food Industry mengambil inisiatif mendekati komuniti setempat dengan mengagihkan pek makanan berbuka puasa melalui Jelajah Cap Kunci sepanjang Ramadan ini.

Menurut Penolong Pengarah Urusan EHH Food Industry Mazian Abdul Aziz, jelajah ke 10 lokasi berbeza sepanjang Ramadan itu menjadi kelaziman syarikat pada setiap tahun untuk berkongsi rezeki.

“Sudah lebih lima lokasi kita agihkan produk dan pek makanan untuk berbuka puasa. Jelajah ini sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk merapatkan lagi hubungan dengan komuniti setempat,” katanya pada program pengagihan pek makanan kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini.

Pada program itu, sebanyak 300 pek makanan dan produk keluaran syarikat EHH Food Industry diagihkan kepada warga Bernama.

Sementara itu, Maziah berkata kemuncak CSR Jelajah Cap Kunci itu pada Ramadan ini ialah program sumbangan kepada anak-anak yatim.

-- BERNAMA