Kpj Healthcare Serah Zakat Rm850,000 Kepada Jawatankuasa Zakat Fitrah Johor

17/04/2023 10:47 PM

JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad menerusi lima Hospital Pakar KPJ Wilayah Selatan menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM850,000 bagi 2022 kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor. 

Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare Norhaizam Mohammad berkata lima hospital itu adalah KPJ Johor memperuntukkan RM250,000, KPJ Puteri (RM150,000), KPJ Pasir Gudang (RM300,000), KPJ Kluang (RM50,000) dan KPJ Bandar Maharani (RM100,000).

Beliau berkata majlis penyerahan zakat perniagaan itu diadakan di Pusat Konvensyen Persada Johor di sini baru-baru ini.

“Selain (penyerahan zakat) itu, KPJ Healthcare juga menyumbangkan RM150,000 kepada Dana Klinik Waqaf An-Nur.

“Kami berbesar hati dapat meneruskan usaha kebajikan sosial dan memupuk kesejahteraan komuniti dalam rangkaian operasi kami, ini sejajar dengan matlamat bagi mengukuhkan kelestarian perniagaan kami melalui penjagaan kebajikan masyarakat dan membantu lebih ramai insan yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhaizam berkata sumbangan Ramadan turut diberikan kepada tujuh persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu. 

Beliau berkata secara keseluruhan KPJ Healthcare menyumbang RM1.035 juta melalui zakat perniagaan dan persatuan serta NGO kebajikan termasuk Dana Klinik Waqaf An-Nur sepanjang tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan