Orang Ramai Diingatkan Tidak Simpan Stok Beras Dalam Kuantiti Besar

21/04/2024 01:37 PM

KUALA SELANGOR, 21 April (Bernama) -- Semua pihak termasuk orang awam diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan ruji itu. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bagi stok yang disimpan bagi tujuan sumbangan dan sebagainya pula, ia perlu diagihkan segera.

"Jika ada sedekahlah (stok beras) berikan kepada mereka yang memerlukan," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di sini hari ini. 

Sebelum ini, tular satu rakaman memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

Video itu menjadi perhatian apabila ia dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan TikTok yang kebetulan menggunakan jalan berkenaan.

-- LAGI 

 

MOHAMAD-BERAS 2 (AKHIR) KUALA SELANGOR 

 

Mohamad menerusi hantaran di Facebook rasminya pada 19 April lepas berkata Kawalselia Padi dan Beras telah diarahkan untuk menyiasat kejadian itu.

Pada masa sama, Mohamad mengingatkan orang ramai supaya berpada-pada dan mengelakkan pembaziran makanan ketika musim perayaan Aidilfitri ini, susulan dapatan daripada konsesi pembersihan Alam Flora mendapati 40 peratus daripada sisa buangan adalah makanan.

"Sisa-sisa buangan makanan ketika bulan Ramadan pula boleh mencapai sehingga 12,000 tan sehari, jadi elakkanlah pembaziran dan bekalan pun tak akan berkurangan," katanya. 

-- BERNAMA 

 

TAG: Beras, stok, sumbangan, musim perayaan, pembaziran


AAA AAA ZUZ

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan