Anta Cadang Buka Tiga Kedai Di Lembah Klang, Malaysia Timur Tahun Ini

19/03/2024 10:32 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Jenama pakaian sukan global Anta Sports Products Ltd Malaysia bercadang membuka tiga kedai baharu di Lembah Klang dan Malaysia Timur pada tahun ini.

Pengurus Negara Anta Malaysia Pang Sook Fong berkata dua kedai akan dibuka di Lembah Klang manakala kedai ketiga adalah di Malaysia Timur memandangkan operasi syarikat yang masih kecil di Malaysia Timur buat masa ini.

"Oleh itu, kami berhasrat untuk berkembang di Malaysia Timur dan kawasan lain di Lembah Klang di lokasi yang kami belum beroperasi," katanya kepada Bernama di luar majlis berbuka puasa media dengan Anta di TRX di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga akhir tahun lepas, Anta mempunyai 40 kedai termasuk kedai sendiri dan francais di Malaysia.

Sementara itu, bersempena dengan Ramadan, Anta buat julung kalinya akan menganjurkan kempen sumbangan kasut 'ANTABersamaAnda.'

Menurutnya kempen itu bertujuan membantu masyarakat dengan menyumbang kasut terpakai bagi menolong golongan yang kurang berkemampuan.

“Kami menyertai Teach of Malaysia dan Women of Will. Oleh itu, bagi setiap pasang yang didermakan, kami akan menderma satu barangan Anta kepada organisasi amal. Kempen ini akan dijalankan di empat kedai, iaitu di The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru mulai 20 Mac hingga 5 April 2024,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan