Ramadan Jazz The Elopura Mampu Jadi Trend Baharu Didik Hati Masyarakat

24/03/2024 10:06 PM

SANDAKAN, 24 Mac (Bernama) -- Program Ramadan Jazz The Elopura yang berunsur kerohanian, kebudayaan dan muzik mampu menjadi trend baharu bagi menarik masyarakat khususnya golongan belia  dalam mendidik hati ke arah lebih baik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata program itu, yang antaranya diisi dengan solat subuh berjemaah, tazkirah dan persembahan muzik jazz, merupakan inovasi baharu dalam usaha memupuk nilai murni masyarakat.

"Program pada hari ini juga saya nampak ramai pelancong yang datang… kita guna muzik atau kebudayaan untuk menjadi satu mekanisme perpaduan dan keharmonian negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini hari ini.  

Program itu turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu dakwah daripada Fiq Mentor, Daqmie dan Afad (Raihan).

Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur program itu yang juga pengusaha The Elopura Hotel Sandakan Datuk Md Afendi Hamdan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan