Bernama Anjur Program Csr Ramadan 2024

29/03/2024 06:25 PM

PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Bagi menyemarakkan muhibah dan menyebarkan kegembiraan terutama buat warga Putrajaya, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya sempena bulan puasa bertemakan 'Indahnya Ramadan.'

Berlangsung di Dataran Putrajaya dari 6 petang hingga 7 malam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turun padang bagi menyampaikan 1,000 pek makanan serta beg sumbangan kepada orang ramai sebagai meraikan semangat mawaddah dan kedermawanan yang sinonim dengan bulan mulia ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin berkata agensi berita itu menekankan kepentingan menyumbang semula kepada masyarakat khususnya pada bulan Ramadan.

"Menerusi program CSR Ramadan ini, kami berhasrat untuk berkongsi kebaikan bersama masyarakat," katanya sambil menambah Bernama ingin memberi impak positif kepada komuniti.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj.

Program itu turut mendapat sokongan rakan strategik Bernama iaitu FGV Holdings Bhd, Hong Leong Islamic Bank, Maju Expressway Sdn Bhd, All Kurma Sdn Bhd, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Perbadanan Putrajaya dan Miaow Miaow Food Products Sdn Bhd.

Acara tahun ini merupakan program CSR Ramadan kedua agensi berita itu selepas penganjuran kali pertama di Bazaria Lembah Pantai tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan