BANGKOK, 20 April (Bernama) -- Thailand menyambut ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia yang menjana perolehan pelancongan sebanyak 518 bilion baht (RM67.18 bilion) setakat ini.
Perangkaan Kementerian Pelancongan dan Sukan menunjukkan dari 1 Jan hingga 14 April, pelancong China merupakan kelompok lima teratas pelancong asing ke negara ini dengan lebih dua juta orang, diikuti Malaysia, Rusia (695,624), Korea Selatan (619,186) dan India (546,935).
Menteri Pelancongan dan Sukan Sudawan Wangsuphakijkosol berkata sejumlah 735,802 pelancong asing berkunjung je Thailand dari 8 ke 14 April atau secara puratanya 105,115 pelawat berkunjung ke Thailand sehari.
“Angka pelancong asing dijangka terus meningkat kerana beberapa faktor termasuk penghujung Ramadan, yang ramai menjangka akan menyaksikan peningkatan pelancong dari Malaysia selain perjanjian visa-percuma dengan beberapa negara,” katanya.
Thailand menyasarkan untuk menarik 40 juta pelancong asing tahun ini, bersamaan dengan angka prapandemik yang dicatatkan dalam 2019.
Ia juga mengunjurkan perolehan sebanyak tiga trilion baht daripada pelancong tempatan dan asing menjelang hujung tahun ini.
-- BERNAMA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2024 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan