Tony Roma’s Perkenal Dulang Platters Bagi Sajian Berbuka
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Hayati semangat kebersamaan Ramadan ini sambil menikmati kelazatan rasa ikonik sajian terbaharu Iftar Ria Bersama Tony Roma’s iaitu Dulang Platters.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd Shaik Ali Fikri Bajunid berkata bulan mulia untuk muhasabah dan menginsafi diri serta memohon keampunan ini turut memberikan peluang berharga bagi mengeratkan ikatan dengan orang tersayang menerusi juadah berbuka yang enak.
"Semasa kami meraikan detik penting bersama para pelanggan, sama ada majlis perayaan besar atau pencapaian peribadi, kami berharap Tony Roma's terus menjadi tempat pilihan bagi mencipta kenangan bersama orang tersayang untuk tahun-tahun mendatang," katanya.
Dulang Iftar (Kambing) dan Dulang Ria (Daging Lembu) pada harga berpatutan RM269.90 menyajikan hidangan lazat yang menampilkan kepingan besar daging kambing atau rusuk daging lembu, separuh ayam panggang, lapan keping kepak ayam rangup dengan sos krim dan bawang, roti bawang, nasi pilaf yang boleh ditambah, sup serta minuman soda yang boleh diisi semula.
Sajian Dulang dengan sentuhan gaya Malaysia dan dipenuhi hidangan pengenalan Tony Roma’s itu sesuai dikongsi sehingga empat orang, yang pastinya menjadi hidangan lazat dan mengenyangkan.
Di musim ini Tony Roma’s juga menawarkan hidangan pembuka selera yang boleh didapati secara ala carte atau sebagai set Feast for Me yang dihidangkan bersama sup dan minuman ringan.
Ia menampilkan hidangan kegemaran sepanjang zaman iaitu rusuk kambing lembut yang disajikan dengan nasi pilaf dan pilihan hidangan sampingan serta pasta herba ayam bakar bersama ayam bakar empuk.
Inginkan makanan rangup? Tawaran terhad kepak ayam goreng rangup dengan sos krim dan bawang juga boleh dipesan sebagai tambahan kepada hidangan utama atau sebagai sajian ala carte.
Menu Iftar Ria Bersama Tony Roma’s boleh didapati di semua cawangan Tony Roma’s hingga 12 Mei ini.
-- BERNAMA
Penafian: Ini adalah advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan dan pendapat yang terdapat dalam artikel tersebut.