KUALA LUMPUR, 15 Sept -- Skuad hoki lelaki kebangsaan bakal berkelana ke London untuk siri Jelajah United Kingdom 2021 bermula 19 Sept hingga 22 Okt ini, sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak berkata 23 pemain akan menyertai jelajah itu dalam mempersiapkan pasukan ke saingan Asia tersebut, yang juga aksi kelayakan Piala Dunia 2023.
Beliau berkata skuad negara merangkumi tiga penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, lapan pemain di posisi tengah dan lima pemain di bahagian serangan.
Termasuk dalam senarai 23 pemain dalam senarai adalah tiga pemain Skuad Projek Khas iaitu Muhammad Shafiq Hassan (pertahanan), Shello Silverius dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (kedua-duanya penyerang).
“Sebanyak 10 perlawanan telah diatur untuk skuad negara sepanjang keberadaan mereka di sana, termasuk empat perlawanan menentang kelab dan enam perlawanan menentang pasukan kebangsaan Ireland, Wales dan Perancis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata perlawanan itu, turut digunakan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, A. Arulselvaraj bagi menilai prestasi skuad bimbingannya termasuk melihat di tahap mana pasukannya itu setakat ini.
Mengikut jadual awal, The Speedy Tigers akan melengkapkan aksi menentang pasukan berstatus kelab terlebih dahulu, apabila bertemu Old Georgians pada 26 Sept ini, diikuti Surbiton HC (28 Sept), Hampstead & Westminster HC (29 Sept) dan Beeston HC (1 Okt).
Malaysia kemudian akan mengharungi cabaran menentang skuad kebangsaan Ireland pada 5 dan 6 Okt, diikuti Wales (9 & 12 Okt) dan Perancis (15 & 18 Okt).
Senarai 23 pemain ke Siri Jelajah United Kingdom 2021:
Bil |
Nama |
Posisi |
1. |
Muhammad Hafizuddin Othman |
Penjaga Gol |
2. |
Adrian Andy Albert |
Penjaga Gol |
3. |
Mohammad Hairi Abdul Rahman |
Penjaga Gol |
4. |
Muhammad Razie Abdul Rahim |
Pertahanan |
5. |
Muhammad Marhan Mohd Jalil |
Pertahanan |
6. |
Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan |
Pertahanan |
7. |
Muhammad Aminuddin Mohd Zain |
Pertahanan |
8. |
Muhammad Azri Hassan |
Pertahanan |
9. |
Muhammad Najmi Farizal Jazlan |
Pertahanan |
10. |
Muhammad Shafiq Hassan |
Pertahanan |
11. |
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi |
Tengah |
12. |
Faiz Helmi Jali |
Tengah |
13. |
Muhamad Ramadan Rosli |
Tengah |
14. |
Mohamad Ashran Hamsani |
Tengah |
15. |
Meor Muhammad Azuan Hassan |
Tengah |
16. |
Zulpidaus Mizun |
Tengah |
17. |
Muhammad Najib Abu Hassan |
Tengah |
18. |
Faizal Saari |
Tengah |
19. |
Norsyafiq Sumantri |
Penyerang |
20. |
Muhammad Firhan Ashaari |
Penyerang |
21. |
Muhammad Shahril Saabah |
Penyerang |
22. |
Shello Silverius |
Penyerang |
23. |
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal |
Penyerang |
-- BERNAMA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Berita
• Rohani Ramadan
• Waktu Berbuka
• Video
© 2023 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan