Penganjuran Bazar Ramadan Rahmah Kurangkan Beban Rakyat

17/03/2024 10:11 PM

Beliau berkata selain mendapatkan menu berbuka puasa dengan harga bawah RM5, orang ramai juga boleh mendapatkan insentif kewangan sebanyak RM20 dalam bentuk e-dompet yang disediakan untuk 1,000 pengunjung terawal di lapan BRR berkenaan.

"Pelaksanaan untuk BRR Gong Badak dan Binjai Rendah kita dah laksanakan pada 15 dan 17 Mac. Untuk BRR Sura Gate pula pelaksanaannya pada 22 Mac diikuti BRR Jalan Padang (26 Mac), BRR Kuala Berang (29 Mac), BRR Kuala Ibai (30 Mac), BRR Sungai Tarom (1 April) dan BRR Kampung Raja (5 April).

"Kita juga memberi insentif sebanyak RM50 kepada peniaga yang menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sebagai galakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi jelajah mesra BRR Binjai Rendah, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sementara itu Wan Sukairi berkata pihaknya melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil inisiatif membuka kaunter aduan di 55 bazar Ramadan yang ada di seluruh negeri.

Menurut beliau langkah itu bagi membolehkan pengguna membuat aduan terus kepada PBT sekiranya timbul masalah berkaitan keselamatan makanan mahu pun isu harga.

"Selain itu penguat kuasa kita juga ada di seluruh bazar untuk membuat pemeriksaan secara rambang. Ini bagi memastikan peraturan berkaitan penyediaan dan penjualan makanan dipatuhi.

"Kita tidak mahu kejadian seperti keracunan makanan berlaku yang bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai, malah memberi imej buruk kepada negeri," katanya.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan