Agong, Raja Permasuri Kurnia Bubur Lambuk Kepada Petugas Bernama

19/03/2024 03:53 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini mengurniakan bubur lambuk kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). 

Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara Datuk Muzli Mohd Zin berkata beliau mewakili Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim untuk menyampaikan 1,200 bekas bubur lambuk yang dimasak khas oleh warga kerja Istana Negara kepada tiga organisasi iaitu Bernama, Hospital Kuala Lumpur dan Media Prima. 

“Ini merupakan hari pertama sumbangan bubur lambuk daripada Tuanku berdua dan sumbangan seperti ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin berkata pihaknya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong di atas sumbangan yang dikurniakan hari ini. 

“Kami di pihak Bernama sudah tentu ingin menikmati sajian istimewa yang disediakan oleh warga kerja Istana Negara. Saya ingin berterima kasih kepada Istana Negara khususnya kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong, junjung kasih Tuanku,” katanya. 

-- BERNAMA 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan