Hampir 100 Banduan Dijangka Terlibat Pbsl Di Kelantan

21/03/2024 10:04 PM

KOTA BHARU, 21 Mac (Bernama) -- Hampir 100 banduan dari Jabatan Penjara Kelantan dijangka terlibat dalam Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) menjelang Syawal pertama.

Pengarahnya Mat Yaacob berkata permohonan prospek (banduan) terlibat PBSL telah dihantar ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Penjara dan Lembaga Parol untuk kelulusan.

Bercakap dalam sidang media selepas mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan di Pengkalan Chepa, di sini, beliau berkata program PBSL merupakan program di bawah kerajaan MADANI yang dilaksana secara berskala besar.

"Alhamdulillah, memang  perancangan Jabatan Penjara Kelantan untuk prospek terlibat PBSL sempena musim perayaan dan permohonan itu sedang dalam proses.

"Sekiranya diluluskan, prospek akan dilepaskan secara parol dan jumlah prospek yang terlibat juga meningkat ke satu angka besar," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kesesakan dalam penjara, Mat berkata pihaknya mempunyai strategi bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Kami ada strategi untuk mengawal kesesakan ini antaranya memindahkan prospek-prospek dari penjara-penjara di Kelantan ke penjara di negeri lain.

"Kesesakan di penjara merupakan satu masalah dan dapat diatasi menggunakan strategi berkenaan," katanya sambil menambah prospek di seluruh penjara Kelantan terdapat lebih 6,000.

Mengulas mengenai aktiviti prospek sepanjang Ramadan, beliau berkata antara aktiviti yang dilaksanakan, termasuk solat tarawih, tadarus al-Quran dan lain-lain.

-- BERNAMA


 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan