Sultan Pahang Berkenan Berangkat Ke Majlis Ihya Ramadan 2024 Anjuran Yakeb, Fmt

04/04/2024 09:48 PM

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) --  Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ihya Ramadan 2024 di Hotel Concorde di sini hari ini. 

Pada majlis anjuran Free Malaysia Today (FMT) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu, baginda mengurniakan bantuan kewangan sempena Aidilfitri kepada 24 bekas atlet yang hadir.

Turut menerima kurniaan itu 26 lagi bekas atlet yang tidak hadir dan bantuan tersebut akan dideposit ke akaun masing-masing.

Hadir sama Presiden YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar yang sebelum itu menyampaikan zakat wakalah bernilai RM50,000 untuk diagih kepada bekas atlet terbabit.  

Al-Sultan Abdullah turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama tetamu. 

-- BERNAMA

 

 


 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan