RISDA saran pekebun kecil miliki tanah terbiar tanam getah, mohon skim bantuan

30/04/2021 11:23 PM

JEMPOL, 30 April -- Pekebun kecil yang memiliki tanah terbiar disaran menceburi bidang penanaman getah dan memohon geran di bawah Skim Bantuan Penanaman Semula Getah bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Salim Sharif berkata pelbagai insentif diberikan khususnya kepada pekebun kecil termasuk bantuan tanaman semula berjumlah RM13,710 bagi sehektar di Semenanjung serta masing-masing RM14,805 (Sarawak) dan RM14,955 (Sabah).

“RISDA dalam memperluaskan skop bantuan tanaman semula getah dan sedia ada, fokus kita di bawah Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025 adalah untuk memperkasakan lateks seterusnya membantu pekebun kecil.

“Oleh itu, pekebun kecil perlu merebut peluang tersebut dan boleh membuat permohonan untuk tanah kosong atau tanah, selain bantuan tanaman getah ia juga bagi menyokong keperluan industri dan tidak lagi hanya bergantung kepada penghasilan getah skrap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan Parlimen dan menyampaikan sumbangan zakat korporat serta dividen RISDA di sini hari ini.

Beliau berkata usaha RISDA juga sekali gus bertujuan meningkatkan hasil getah negara yang digunakan terutama dalam industri pembuatan sarung tangan untuk perubatan dan sebagainya.

Terdahulu, Salim menyerahkan zakat korporat berjumlah RM186,000 yang diagihkan kepada 1,240 asnaf sekitar Parlimen Jempol dalam usaha meringankan beban mereka khususnya dalam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan