13 Bas Ekspress Tambahan Dari Terminal Melaka Sentral Sempena Aidilifitri

05/04/2024 10:27 PM

MELAKA, 5 April (Bernama) -- Sebanyak 13 Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi bas ekspres tambahan dari Terminal Melaka Sentral diluluskan untuk menampung permintaan tiket yang meningkat sempena Aidilfitri.

Exco Kerja Raya Infrastruktur Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata kebanyakan tiket tambahan itu melibatkan destinasi ke pantai timur.

"Secara keseluruhan sebanyak 19 permohonan telah dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk LPS tersebut namun enam telah ditolak.

"Setakat ini di Terminal Melaka Sentral tiada masalah kekurangan tiket, ulat tiket dan sebagainya…semua terkawal," katanya kepada pemberita selepas Program SWM Kasih Santun Ramadan di sini hari ini.

Hameed Mytheen berkata lebih 7,000 tiket dijual di Terminal Melaka Sentral membabitkan semua destinasi sempena Aidilfitri, setakat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan bekerjasama dengan APAD dalam memastikan keselamatan tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat.

Sementara itu, sebanyak 500 pek bungkusan makanan diagihkan kepada orang ramai menerusi Program SWM Kasih Santun Ramadan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

-- BERNAMA



 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan