70 rumah di Felda Jelai 4 terjejas susulan banjir kilat pagi tadi

14/05/2021 05:01 PM

SEREMBAN, 14 Mei -- Sebanyak 70 rumah di Felda Jelai 4, Gemas dekat sini terjejas selepas rumah mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih dua jam kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata hujan lebat di kawasan tadahan berdekatan menyebabkan air di Sungai Pador melimpah, menyebabkan kediaman penduduk berhampiran dinaiki air.

“Aras tanah rumah penduduk pula dibina lebih rendah dari aras tebing Sungai Pador yang mengalir bersebelahan lot berkenaan, oleh itu air larian permukaan kawasan sekitar bertumpu ke lokasi ini dan tidak dapat mengalir keluar dengan lancar kerana paras air sungai tinggi ketika itu.

“Paras air naik sehingga 0.6 meter yang paling tinggi di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar pukul 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata 20 anggota APM digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan dan membantu operasi pasca banjir termasuk melakukan kerja pembersihan di kawasan awam.

Menurutnya kejadian berkenaan adalah kali kedua berlaku pada tahun ini di kawasan berkenaan, selepas kawasan sama dinaiki air pada awal Ramadan lepas.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan