Palestin: Rakyat Malaysia harus main peranan lawan propaganda Israel dalam talian - Zuraida

15/05/2021 06:11 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei -- Rakyat Malaysia harus memainkan peranan mereka untuk melawan propaganda manipulatif Israel secara dalam talian, kata Presiden dan Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) Datuk Zuraida Kamaruddin. 

Beliau berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya menghentikan kecaman mereka terhadap kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan Israel. 

“Marilah kita memainkan peranan masing-masing untuk melawan propaganda mereka (pihak Israel) seboleh mungkin. Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Zuraida berkata hakikat bahawa tentera siber Israel kini berusaha melakukan kawalan kerosakan dalam talian membuktikan mereka menyedari propaganda manipulatif mereka jelas kelihatan di mata dunia.

“Sebagai pengasas COMWEL dan seorang pemimpin wanita, saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan kerajaan Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak bersalah, yang secara tidak adil menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya,” katanya.

Zuraida juga berkata hatinya tersentuh apabila masyarakat bukan Islam di seluruh dunia terutama Ahli Kongres Amerika Syarikat Alexandria Ocasio-Cortez telah bersuara menentang ketidakadilan itu dengan sinis terhadap kerajaan Israel.

Katanya tindakan kejam rejim Zionis terhadap penduduk Palestin pada bulan Ramadan dan malam Aidilfitri membuktikan sifat kejam serta tidak berperikemanusiaan kerajaan Israel. 

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan