Golongan OKU diseru sertai koperasi untuk jana pendapatan, sumbang idea dan tenaga

20/04/2022 08:48 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Peranan yang dimainkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam semua sektor termasuk gerakan koperasi diyakini dapat membantu menyumbang kepada peningkatan dan kekuatan sosioekonomi masyarakat.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata bagi membolehkan mereka terus menyumbang idea dan tenaga sekali gus menjana pendapatan, golongan itu diseru menyertai pelbagai koperasi OKU yang sudah wujud di seluruh negara.

Beliau berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sehingga Jun tahun lepas terdapat 22 koperasi OKU dengan keanggotaan 105,000 orang. 

“Angkasa juga telah mewujudkan Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad yang dianggotai tiga koperasi OKU iaitu Koperasi PEKA (M) Berhad, Koperasi PERTISS Terengganu Berhad dan Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad.

“Penubuhan konsortium ini dapat mengabungkan kemahiran golongan OKU daripada pelbagai kategori (sekali gus) mampu meningkatkan taraf hidup,” katanya.

Abdul Fattah berkata demikian selepas ‘Program Sepakat Ramadan Angkasa’ di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang turut dihadiri Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan