Maybank Islamic edar makanan iftar kepada petugas barisan hadapan

10/05/2021 03:48 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Maybank Islamic Bhd, melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikenali sebagai Maybank Islamic Ihya Ramadan: Iftar for Frontliners, mengedarkan makanan berbuka puasa dan biskut raya kepada petugas di tiga hospital sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan makanan berbuka puasa itu diedarkan setiap hari, selama seminggu dalam minggu terakhir Ramadan kepada seramai 2,700 kakitangan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Institut Jantung Negara dengan makanan yang dibekalkan oleh peniaga yang mendaftar menerusi platform Maybank Sama-Sama Lokal.

Ketua Jabatan Strategi Maybank Islamic Dr Muhd ​​Ramadhan Fitri Ellias berkata sebanyak 100 pek makanan harian diedarkan sebagai tanda penghargaan Maybank Islamic kepada kakitangan perubatan di Malaysia atas dedikasi mereka merawat pesakit COVID-19.

Katanya, program itu dibiayai daripada sumbangan amal jariah Maybank Islamic Ikhwan Mastercard-i dengan pihak bank memperuntukkan 0.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan pelanggan untuk tujuan amal.

"Kami berbangga dapat membelanjakan dana ini untuk program yang bermakna ini dan pada masa yang sama, kami gembira dapat membantu perniagaan kecil F&B di sekitar hospital ini yang operasi mereka agak terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

-- BERNAMA

 

 

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan