MPK diarah siasat tarian joget tradisional

01/05/2022 06:36 PM

KUALA TERENGGANU, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pengurusan Mesra Mall di Kemaman, berhubung aktiviti tarian joget tradisional melibatkan penari lelaki dan wanita yang tular semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata beliau sangat dukacita dengan perkara yang berlaku dan dimaklumkan program itu tidak mendapat kebenaran daripada MPK.

“Ia dianggap tidak menghormati bulan Ramadan. Pihak penganjur jelas melanggar Garis Panduan Hiburan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang mula diperkenalkan kerajaan negeri pada 2020.

“Saya sangat berharap perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman video berdurasi satu minit lapan saat yang memaparkan empat individu termasuk dua wanita tidak bertudung dan berpakaian tradisional sedang menari dengan ditonton pengunjung pusat beli-belah berkenaan.

-- BERNAMA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)
Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

+603-2693 9933
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Berita
Rohani Ramadan
Waktu Berbuka
Video

Ikut Kami

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan